ASSALAMUALAIKUM.....
Hi there.....
Welcome to my first and ever blog i have created... Feel so excited...
Hopefully kita boleh berkongsi pengetahuan dan maklumat di dalam blog ini...
Kalau ada komen yang membina bolehlah hantar..
CABARAN GURU ERA GLOBALISASI
Oleh Abdul Jalil
SELURUH warga pendidik di seluruh negara menyambut Hari Guru ke-35 bertemakan ‘Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan’ kelmarin. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, merasmikan sambutan gilang-gemilang itu.Oleh Abdul Jalil
Pepatah Melayu menganalogikan guru sebagai lilin membakar diri bagi menerangi orang lain masih relevan dalam era globalisasi. Apa tidaknya, ramai kalangan guru kekal pada takuk lama kerana rutin kerja yang diamanahkan pihak ‘stake-holder’, demi melahirkan generasi cemerlang dari segi budaya, agama, sahsiah dan pemikiran.Namun, golongan guru boleh menguntum senyuman kerana jasa mereka terpapar pada kejayaan dikecapi, bukan saja murid diajar bahkan pada setiap pelosok pembangunan. Inilah lilin yang membakar diri demi kebahagiaan orang lain.
Betul kata pujangga Usman Awang yang menulis bait keramat bahawa setiap kejayaan dicapai manusia, titik pangkalnya bermula daripada guru.Meskipun guru tidak boleh bermegah dengan kejayaan anak didik mereka, guru harus bangkit daripada kesibukan bagi memberi didikan kepada anak bangsa untuk mencapai kejayaan cemerlang.
Seorang ahli psikologi Barat pernah menganalogikan seorang guru yang pintar ibarat ‘walking dictionary’ kerana peranannya memberi arah kepada orang yang ingin bertanya sesuatu.Pun begitu, seorang guru yang proaktif dan berfikiran terbuka lebih mesra dengan sikap keterbukaan dan kesediaannya untuk meningkatkan tahap profesionalisme masing-masing.Seorang pelajar di Amerika Syarikat pernah dipetik sebagai berkata bahawa guru yang baik ialah guru yang mengajar muridnya seperti mana dia mahukan anak murid mengajarnya.
Dalam bahasa pedalogi, pendekatan ini disifatkan sebagai pengajaran berpusatkan pelajar. Pengajaran berkesan juga mengambil kira sumber pengajaran di sekeliling, termasuk landskap fizikal dan budaya.Dalam era globalisasi, guru menghadapi pelbagai cabaran. Selain kerenah murid, ibu bapa dan birokrasi, masalah paling besar ialah persekitaran yang semakin berubah dan sifatnya yang tidak pernah statik.Persekitaran dibentuk dan membentuk pemikiran manusia, malah boleh mengubah dimensi hidup masyarakat secara total.
Benarlah Islam meletakkan profesion guru itu tinggi darjatnya. Hakikat ini ditunjukkan sendiri Imam Shafie ketika beliau pada saat-saat hampir menghembuskan nafas terakhir, meminta anak muridnya mengajar sesuatu kepadanya.Beliau tahu betapa tingginya martabat orang yang mengajar, begitu juga orang yang belajar di sisi Tuhan. Dalam menghadapi krisis pendidikan dalam era globalisasi ini, guru boleh berfikir sejenak terhadap tugas dan tanggung jawab yang harus dipikul bagi memenuhi tuntutan semasa.
Jika kita meneliti sejarah perkembangan pendidikan kebangsaan, bermula daripada Laporan Razak 1956, terdapat kesinambungan utuh bagi memperkasakan sistem pendidikan kebangsaan.Dasar kerajaan ketika itu ialah menjadikan satu sistem persekolahan dengan bahasa Melayu sebagai lingua franca bagi penyampaian ilmu kepada anak didik.Kemudian muncul Penyata Rahman Talib pada 1961 yang memberikan penekanan kepada pemantapan pembelajaran 3M (membaca, menulis dan mengira). Sistem aliran persekolahan akademik dan vokesyenal turut diperkenalkan.Laporan Kabinet pada 1979 memberi pengakuan bahawa peluang pembelajaran harus dilanjutkan dari sembilan tahun di bangku sekolah kepada 11 tahun. Ini bagi memastikan tiada murid tercicir pada peringkat sekolah rendah dan menengah.Rang Undang-undang Pendidikan diperkenalkan kerajaan pada 1995 memantapkan lagi visi dan misi kerajaan ke arah melahirkan warga intelek bertaraf dunia.
Cabaran guru masa depan lebih hebat. Guru harus berfikiran glokal dengan mengadunkan aspek tempatan dengan kepelbagaian entiti dunia yang berlaku begitu pantas dengan pelbagai karenah yang harus dibendung secara lebih bijak dan berhati-hati. Guru masa kini harus melihat kurikulum pendidikan secara dinamik. Guru harus bijak mentafsir kurikulum yang menjadi wahana penyampaian ilmunya. Bagi rakyat, kurikulum yang menjadi intipati kemajuan dan perpaduan ialah integrasi antara kaum.Bentuk kurikulum yang usang dan difikirkan kurang menyumbang kepada kemajuan negara bangsa harus diberi nafas baru atau digubal semula agar penampilannya lebih segar sebagai agen kemajuan dan pembangunan 2020.Barangkali tidak keterlaluan jika kurikulum al-Quran diwajibkan kepada pelajar Islam dan pilihan kepada bukan Islam di peringkat tadika hingga ke universiti demi melahirkan warga intelek seimbang.
2 comments:
Bagus tajuk ni..semoga menjadi guru yg baik..apehal pun nice photo..mcm siti la..(cewah perasan lak)
selamat hari guru buat anda.
semoga berjaya menjadi warga pendidik yang berjaya!
Post a Comment